Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
Jadual 1: Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS
Industri | Bil. Pekerja Tetap | Nilai jualan Tahunan |
IKS | 150 | RM25 juta |
Sederhana | 51-150 | RM10-RM25 juta |
Kecil | 50 | RM10 juta |
Manakala menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS dari sudut jumlah modal seperti berikut:-
Jadual 2: Jumlah modal IKS
Industri | Jumlah Modal (RM) |
Kecil | Kurang daripada RM500,000 |
Sederhana | RM500,000 hingga RM2.5 juta |
Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS adalah:-
- Menjadi teras proses perindustrian negara.
- Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustri.
- Meningkat daya saing negara.
Read more...